Wednesday, March 29, 2023

Atomy Premium Manuka Honey 830+




Apa itu madu Manuka?

Terdapat banyak jenis madu di dunia ini dan salah satu yang popular dan berkualiti tinggi adalah madu Manuka. 

Manuka (Leptospermum scorparium) adalah pokok yang berasal dari New Zealand dan Tenggara Australia. Madu Manuka dihasilkan daripada pendebungaan oleh lebah terhadap bunga pokok ini.

Madu Manuka juga dikelaskan sebagai "mono-floral" di mana ia dihasilkan hanya melalui pendebungaan sejenis bunga saja iaitu bunga pokok Manuka.

Madu Manuka mempunyai banyak nilai-nilai perubatan yang disumbang oleh sebatian fitokimia terutamanya methylglyoxal (MGO), iaitu kepekatan tinggi yang ditemui dalam nektar bunga Manuka. Semakin tinggi kepekatan MGO, semakin kuat kesan antibakteria.


Terdapat juga sebatian-sebatian lain seperti hidrogen peroksida dan D-glucono-6-lactone yang turut menyumbang kepada khasiatnya.

Perubatan tradisional menggunakan madu Manuka untuk menyembuhkan luka, melegakan sakit tekak dan ulser gastrik, mencegah pereputan gigi dan menambah baik masalah penghadaman.

7 Manfaat Madu Manuka Untuk Kesihatan Berdasarkan Kajian-kajian Perubatan Moden

1. Membantu penyembuhan luka

2. Membantu merawat penyakit gusi

3. Boleh membantu menguatkan antibiotik

4. Membantu melegakan sakit tekak

5. Mengurangkan masalah penghadaman

6. Berpotensi mencegah kanser

7. Berpotensi digunakan untuk merawat kayap


Atomy Premium Manuka Honey 830+ (250g)

✓ madu berkelas Premium MGO 830+ dari Australia

✓HACCP

✓HALAL

✓BRC Global Standard for Food Safety (piawai keselamatan makanan)

✓AMHA Authentic & Authorized 

✓Origin Food Labelling

[Makan atau minum 1-2 sudu teh (5-10g) setiap hari]

Adakah madu manuka selamat dimakan?

Bagi kebanyakan orang, madu Manuka selamat dimakan.

Walau bagaimanapun, beberapa golongan orang harus mendapatkan nasihat  doktor sebelum menggunakannya, termasuk:

Orang yang menghidap diabetes: Semua jenis madu mengandungi gula semula jadi. Oleh itu, memakan madu Manuka mungkin mempengaruhi kadar gula darah.

Mereka yang alah kepada madu atau lebah: Mereka yang alah kepada jenis madu atau lebah lain mungkin mengalami reaksi alahan setelah memakan atau menggunakan madu Manuka.

Bayi: CDC menasihatkan agar tidak memberikan madu kepada anak-anak yang berumur  12 bulan ke bawah kerana risiko botulisme, sejenis penyakit bawaan makanan 


Cadangan hidangan yang menarik 😍😍😍

No comments:

Post a Comment