Monday, November 27, 2023

Atomy Air Purifier

Udara merupakan keperluan asas kita. Akan tetapi, udara masa kini mengandungi bahan-bahan pencemar yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti debu halus PM2.5, kompaun organik meruap (VOC) dan mikroorganisma bawaan udara. Pencemaran udara menggugat kesihatan kita terutamanya sistem pernafasan. 

Morbiditi penyakit seperti strok, penyakit jantung, kanser paru-paru, penyakit pulmonari obstruktif kronik, radang paru-paru dan asma boleh dikurangkan dengan mengurangkan tahap pencemaran udara.

Pencemaran udara juga akan menjejaskan sifat fizikal bayi yang baru lahir, dan juga menyebabkan kanser.

Oleh itu, adalah mustahak kita perlu mendapatkan udara yang bersih dan selamat dinafas.

Atomy Air Purifier mampu menapis lebih daripada 99% bahan-bahan pencemar tersebut dan membina perisai perlindungan pernafasan untuk ahli keluarga anda. 


Saiz: W432 X D278 X H563

Warna: putih

Saiz bilik yang sesuai: 54m²

Zarah CADR: 450m³/jam

Voltan/Kuasa: 220V/55W

Marilah menyaksi keberkesanan Atomy Air Purifier dalam menapis udara tercemar cuma dalam 10 saat!


Pasti anda ingin memilikinya sekarang!


Ciri-ciri Istimewanya:

1️⃣ Penapis berbilang antibakteria yang berkecekapan tinggi.

~Pra-penapis: menapis debu rumah, rambut, bulu haiwan yang boleh menyebabkan alahan, debunga, dsb 

~Salutan Antibakteria/Antivirus/Antialergen: menghalang aktiviti mikroorganisma pathogenic

•Antibakteria (S.aureus, E. coli) >99%

•Antivirus (H1N1) >99%

•Anti alergen (Derf1) > 92%


~99.97% lapisan "melt-blown" : Menyingkir PM2.5, bakteria, virus dan alergen 

•Kadar penyingkiran virus (H1N1) ≥99.99%

•Kadar penyingkiran bakteria (S.albus) > 99.9%

•Kadar penyingkiran alergen (debunga, kulapuk, alergen hama, alergen kucing, alergen anjing) >95%


~Lapisan penyingkiran formaldehid dengan formula yang diperkuat di samping mengelakkan pelepasan sekunder.

•4 langkah: penangkapan, penyerapan, penguraian dan pemejalan


~Lapisan karbon diaktifkan tempurung kelapa berprestasi tinggi: menyingkirkan bau busuk seperti haiwan pelihara, bau tandas, toluena, benzena, ammonia, dsb


2️⃣ PM2.5 sensor laser & sensor gas VOC

•Ketepatan dan konsistensi sensor laser adalah lebih baik berbanding sensor inframerah

•Sensor gas VOC adalah berdasarkan kaedah pengukuran komprehensif elektrokimia + semikonduktor, yang boleh mengesan gas dan bau berbahaya seperti formaldehid, benzena, alkohol, minyak wangi, ammonia, asap rokok, dsb


3️⃣ Reka bentuk yang ringkas dan ringan tetapi bergaya. Ia boleh disepadukan dengan mudah ke dalam pelbagai gaya hiasan rumah yang berbeza.

•anugerah Reka Bentuk PIN UP Persatuan Reka Bentuk Perindustrian Korea 2020

•anugerah Reka Bentuk Reddot Jerman 2021



4️⃣ Paparan LED pintar boleh memaparkan:

*Mod AI  

*Kelajuan

*Mod tidur



5️⃣ Lampu 4 warna berbeza menunjukkan tahap kebersihan udara

•biru > hijau > kuning > merah

•lampu juga boleh dimatikan semasa tidur untuk mengurangkan gangguan cahaya.


6️⃣ Tahap hingar serendah 33dB dalam mod tidur.

• tidak mengganggu kualiti tidur


7️⃣ Pensijilan keselamatan CQC dan kesesuaian EMC


8️⃣ Harga berpatutan: 30-40% lebih murah daripada penapis udara lain yang setara kualiti 


Sama ada diletakkan di ruang tamu, bilik tidur ataupun pejabat kecil, pastinya ia adalah pilihan terbaik. ☺️

Pembersihan Dan Penggantian Penapis:

• terdapat petunjuk yang mengingatkan anda apabila sampai masa untuk menukar penapis.


No comments:

Post a Comment